NB Farming
Bermula dengan sebuah ladang kontrak berkapasiti 20,000 ekor ayam. Kini mampu memiliki lebih 3 juta ekor ayam 1 pusingan menyamai 18 juta ekor ayam setahun menjadikan NB Farming antara intergrator terbesar di selatan Malaysia.
Langkah pertama pada 2010.
NB Farming Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Encik Baharudin setelah kejayaan beliau dan isteri dalam syarikat pemprosesan iaitu NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd.
Fokus awal adalah pembekalan ayam hidup kepada kilang pemprosesan ayam milik NB Poultry.
Di sebalik permulaan yang sederhana ini tersimpan sebuah visi besar untuk membangunkan sistem penternakan ayam yang mampan, beretika dan berkualiti tinggi demi menjamin bekalan makanan negara.
NB Farming membina rangkaian ladang yang kini berkembang merangkumi ladang milik sendiri serta rakan kontrak yang beroperasi di bawah pemantauan rapi. Setiap ekor ayam yang diternak mencerminkan komitmen syarikat terhadap kebajikan haiwan, piawaian biosekuriti dan kecekapan operasi.
NB Farming memainkan peranan penting dalam menjamin kestabilan bekalan, ketelusan sumber, dan keselamatan makanan halal untuk rakyat Malaysia. Operasi kami melibatkan rantaian kerja dari peringkat anak ayam hingga ke pengurusan integrasi dengan sistem pemakanan, pemprosesan dan pengedaran.
Hari ini, NB Farming bukan sekadar penternak bahkan menjadi tulang belakang kepada rantaian bekalan ayam segar NB Group atau lebih dikenali sebagai Ayam Norliza, dengan misi menjadikan penternakan ayam Malaysia lebih moden, bersih dan berdaya saing di peringkat nasional.
Visi Kami
Menjadi peneraju industri ayam Halal bersepadu milik Bumiputera Muslim yang dipercayai di Malaysia
Misi Kami
- Menyediakan bekalan ayam yang halal, segar dan berkualiti tinggi
- Mengintegrasikan seluruh rantaian industri ayam
- Meningkatkan taraf ekonomi umat Islam dan melaksanakan fardhu kifayah dalam menyediakan ayam Halal
Lebih daripada 70 buah ladang ayam di Negeri Johor
NB Farming hasilkan dedak sendiri
En. Baharudin dengan penuh keyakinan bahawa penghasilan dedak sendiri mampu mengurangkan kos operasi sekaligus memastikan harga ayam stabil dari semasa ke semasa. Formula dedak ini juga menekankan kepada pertambahan nutrien untuk tumbesaran ayam yang sihat dan mengelakkan penggunaan ubat-ubatan. Bahan utama dedak ini juga merupakan jagung yang berkualiti tinggi. Dedak ini dihasilkan untuk kegunaan ternakan sendiri. Sekarang NB Farming mengeluarkan kira-kira 20,000 tan metrik dedak setiap bulan dan kita akan tambah dari semasa ke semasa.
Gudang Simpanan
Sebanyak 9,600 metrik tan dapat disimpan didalam gudang ini.
