Pemprosesan Poltri

Pemprosesan Poltri

Pemprosesan Poltri

Rumah sembelihan yang halal dan moden

Pada tahun 1996, Norliza Enterprise memulakan operasi dengan kapasiti harian sebanyak 300 ekor ayam. Kini, kami adalah salah satu pembekal ayam Melayu Muslim bumiputera terbesar di Malaysia. Pusat penyembelihan kami dilengkapi teknologi mesin separa automatik yang berupaya menyediakan 6,000 ekor ayam dalam satu jam.

Sumber air kami adalah berasaskan rawatan biologikal sepenuhnya yang mengutamakan alam dan persekitarannya, berbanding sistem rawatan kumbahan air berkimia.

Sistem ini menggunakan 3 reaktor untuk pengudaraan bagi membolehkan organisma menyerap sisa organik daripada air kumbahan, supaya lebihan air terkawal dan selamat untuk persekitaran.

Bagi memastikan kualiti ayam terbaik buat anda, ayam kami disimpan di dalam peti dingin beku untuk mengekalkan kesegarannya. 30 unit trak dingin beku kami akan menghantar ke seluruh semenanjung Malaysia, terutamanya ke sekitar Johor. Hanya maklumkan lokasi juga masa, dan trak kami akan sampai tepat pada waktu tanpa sebarang kos penghantaran.

Kami turut menerima sijil halal Jakim pada tahun 2012 dan bahagian kepak setiap ekor ayam ditanda logo halal.

Berundinglah bersama kami untuk pengurusan bekalan anda agar dapat mencegah pembaziran kerana kami mempunyai pengalaman yang luas untuk sebarang jenis atau skala bekalan bagi apa jua acara mahupun perniagaan.

Selaku salah satu pembekal terbesar negara, anda tidak perlu risau kerana harga yang kami tawarkan adalah antara yang terbaik.

Back
NB Farming
NB Jombeli

Ladang bekalan ayam poltri

Ayam pedaging diperoleh daripada penternak berkontrak dan Penternakan NB. Hanya ayam sihat akan dipilih dan diletakkan ke sawat penyampai dan sedia untuk disembelih mengikut prosedur Halal seterusnya.

Penyembelihan

Proses ini dijalankan secara manual oleh tenaga pekerja Muslim. Tata cara dan doa dilakukan sebelum memulakan proses. Penelitian oleh pemeriksa diutamakan bagi memastikan proses menyembelih dilakukan dengan terperinci dan betul.

Penceluran dan Nyahbulu

Bagi memudahkan proses pembuangan bulu, ayam akan melalui bahagian kawalan suhu tepat yang bertutup. Pencabut bulu akan beroperasi di sekeliling ayam dan melengkapkan proses.

Aviserasi

Pengasingan usus dan organ dalaman lain termasuk hempedal dan hati. Selepas pembersihan dan pemeriksaan, kami akan menanda Halal pada bahagian kepak setiap ekor ayam.

Penyejukan dan pembasuhan

Pendingin berputar digunakan dalam proses ini. Pembuat ais berfungsi memutarkan pendingin untuk mengekalkan suhu optimum agar tahap kesegaran dan kebersihan ayam terjaga.

Pengedaran

Setelah disaring, ayam akan disimpan dalam peti sejuk beku berkuasa tinggi. Ia akan dipindahkan ke bilik dingin sebelum diedarkan. Kami juga menawarkan khidmat mengikut kesesuaian permintaan (tanpa tulang, bahagian tertentu dan lain-lain) tertentu.

Loji air dengan rawatan biologikal sepenuhnya

Kami menitikberatkan alam dan persekitarannya

Ketahui lebih lanjut