Pembinaan Surau Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian

Syarikat NB Poultry telah pon menyediakan satu projek besar buat warga SK Bandar Pontian. Memberi kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat adalah salah satu visi dan misi pengarah syarikat NB Poultry.

S

etelah hampir 6 bulan proses menyiapkan surau tersebut, pihak NB mengumumkan perasmian surau SK Bandar Pontian. Surau Az Zarkashi merupakan surau pertama dibiayai penuh oleh syarikat NB Poultry dalam pembuatannya. Kami amat berbesar hati dan bangga atas sumbangan pihak pengarah dalam menyediakan kemudahan buat para pelajar di sekolah tersebut. Surau ini telah dirasmikan oleh En Baharudin Bin Ahmad, Pengarah NB Poultry pada 26 January 2019. Kami harap banyak pihak yang mendapat kemudahan disebalik bantuan pihak kami. Terima kasih buat pihak sekolah yang menyokong penuh usaha kami sepanjang proses pembikinan surau