Lawatan YB Datuk Seri Ahmad Maslan – Ahli Parlimen Daerah Pontian

Pihak syarikat NB Poultry telah menerima kunjungan daripada Dato’ Ahmad Maslan bersama rombongannya yang juga terdiri daripada ahli jawatan kuasa Kg Parit Baru Selangor.

K

ami pihak syarikat NB Poultry berbesar hati menerima kunjungan daripada Datuk Seri Ahmad Maslan yang secara kebetulan menghadiri majlis kahwin di kampung ini.
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Datuk atas semangat dan sokongan yang diberikan kepada kami demi mengekalkan dan memajukan lagi industri ini. Semoga syarikat ini terus maju di masa akan datang selaras dengan objektif dan misi syarikat ini untuk menjadi syarikat pemprosesan ayam terbesar di negara ini yang membekalkan ayam yang dijamin halal.
Pihak syarikat memohon maaf atas segala kekurangan pada persiapan kami pada hari ini.