“Ianya nampak mustahil sehinggalah kita lakukan dan hidup perlu mendahulukan masyarakat.”

–  En Baharudin
Chairman & Executive Director

Bermula sebagai lepasan sekolah pada usia 18 tahun hingga menjadi satu nama yang disegani dalam industri pemprosesan poltri, kejayaan Encik Baharudin adalah kisah kerja keras dan kecekalan. Lahir dalam keluarga yang serba biasa mendidik beliau bahawa kerja keras adalah satu-satunya loncatan untuk berjaya.

Penglibatan beliau dalam perniagaan poltri bermula selepas beberapa pengalaman bekerja dalam usia yang muda. Bekerja di ladang pemprosesan ayam di Johor mendedahkan beliau terhadap ternakan, penyembelihan, pemotongan dan penyimpanan ayam.

Beliau terpanggil untuk menyediakan poltri halal buat saudara Muslim yang dirasakan sebagai satu tuntutan fardu kifayah buatnya. Justeru memulakan perniagaan dan kemudian melaksanakannya dengan betul berikutan kekurangan Melayu Muslim dalam perniagaan tersebut. Pada waktu inilah Encik Baharudin menanamkan matlamat dan berganding bahu bersama isteri beliau yang baru dikahwini Puan Norliza, untuk menubuhkan jenama yang bakal menjadi kebanggaan.

Menggunakan simpanan bersama, mereka memulakan perkongsian perniagaan yang dinamakan sempena isterinya di sebuah premis sewa. Perjalanan yang dilalui pada awalnya bukanlah mudah bagi pasangan muda ini, terutamanya disebabkan oleh kewujudan pesaing-pesaing berpengalaman dalam sektor ini.

Namun, pasangan ini berjaya menempuhi cabaran yang datang. Pada tahun 2004, NB Poultry Sdn Bhd diwujudkan dan kali ini dinamakan bersempena mereka sejoli, Norliza dan Baharudin.

Balik