Bantuan kepada penduduk setempat dilanda bencana

Alhamdulillah selesai lawatan dan sumbangan buat keluarga En Abdul Aziz.

D

ifahamkan, kebakaran telah berlaku di rumah beliau tempoh hari. Kami dari pihak Ayam Norliza (NB Poultry & NB Farming) mengucapkan salam takziah atas bencana yang berlaku dan berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban keluarga. Di kesempatan ini, kami ingin berterima kasih atas sokongan terhadap produk kami sejak mula bertapak di Kg. Batu 30 Pengkalan Raja atas nama Norliza Enterprise. Sokongan penduduk setempat amat kami hargai dalam menaikkan produk kami hingga sekarang. Syarikat kami akan terus komited dalam membantu golongan yang memerlukan terutama penduduk setempat