NB Group
Pasaraya NB Jom Beli Fresh Market ditubuhkan oleh Encik Baharudin Bin Ahmad, Pengarah Urusan Ayam Norliza, sebagai satu cabang perniagaan baharu yang berbeza daripada perniagaan pemprosesan ayam.
Bertempat di kawasan yang strategik, pasaraya pertama NB Jom Beli telah dibuka di Nusa Idaman, Iskandar Puteri pada 29 Disember 2017. Dengan sokongan padu daripada masyarakat berbilang kaum di kawasan tersebut, pasaraya ini kini menghampiri tahun ke-8 beroperasi dengan purata jualan tahunan yang semakin meningkat setiap tahun.
Berdasarkan sokongan tidak berbelah bahagi dan permintaan tinggi daripada penduduk sekitar, cawangan kedua NB Jom Beli telah berjaya dibuka di Pasar Kecil Pontian pada 26 Mac 2021. Walaupun menghadapi persaingan yang sengit di kawasan Pontian, cawangan ini terus bertapak kukuh selama hampir 4 tahun sehingga kini.
Kewujudan pasaraya NB Jom Beli bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan, tetapi selaras dengan niat asal Encik Baharudin yang ingin memberi peluang pekerjaan kepada individu berbakat dalam komuniti.
Untuk masa hadapan, beliau merancang untuk membuka lebih banyak cawangan bagi memenuhi permintaan masyarakat serta memperluaskan jaringan perniagaan ke lebih banyak lokasi strategik.
Prestasi Jualan Tahunan
Cawangan Nusa Idaman
Waktu operasi :
8 pagi hingga 10 malam
Dibuka setiap hari
Untuk tempahan boleh hubungi :
Manager Outlet :
Cawangan Pontian
Waktu operasi :
8 pagi hingga 6 petang
Dibuka setiap hari
Untuk tempahan boleh hubungi :
Manager Outlet :
NB HOTEL merupakan sebuah hotel butik bertaraf tiga bintang yang menampilkan konsep moden, industrial, dan minimalis. Ditubuhkan pada tahun 2022 yang komited untuk menyediakan pengalaman penginapan yang luar biasa dengan menekankan keselesaan dan layanan terbaik kepada setiap tetamu. Dengan reka bentuk yang elegan serta perhatian teliti terhadap setiap butiran, NB HOTEL menawarkan sebanyak 45 bilik yang selesa dan bergaya, direka khas untuk para tetamu yang menghargai kesempurnaan dalam setiap pengalaman penginapan. Lokasi strategik berhampiran Taman Tema Legoland serta pelbagai tarikan mesra keluarga menjadikan NB HOTEL sebagai pilihan ideal untuk percutian santai mahupun urusan perniagaan.
Kemudahan dan Fasiliti
- Layanan bilik yang cekap
- Bilik yang luas dengan katil empuk dan pemandangan luar yang mendamaikan
- Akses Wi-Fi percuma untuk kemudahan berhubung
- Kelengkapan mandian premium serta tuala lembut yang memberikan keselesaan maksimum
Kemudahan Berdekatan
- Restoran dan tempat makan yang menawarkan pelbagai pilihan menu
- Mini mart untuk keperluan harian
- Perkhidmatan dobi yang memudahkan para tetamu
NB Hotel Johor Bahru
NB DOBI merupakan salah satu anak syarikat di bawah Ayam Norliza, menyediakan perkhidmatan dobi layan diri yang moden dan praktikal. Terletak di lokasi strategik di Nusa Idaman, bersebelahan dengan NB Hotel, ia memudahkan akses kepada pelanggan dari kawasan sekitar.
Kemudahan dan Fasiliti
Mesin Basuh dan Pengering Berteknologi Tinggi
Mampu mencuci dan mengeringkan pakaian dalam masa yang singkat dengan hasil yang bersih dan wangi.
Operasi 24 Jam
Anda boleh mencuci pakaian pada bila-bila masa, mengikut keselesaan anda.
Sistem Pembayaran Mudah
Menyokong pembayaran tunai dan e-Wallet untuk kemudahan pengguna.
Ruang Menunggu Selesa
Dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa dan Wi-Fi percuma.
Sabun dan Pelembut Disediakan
Tidak perlu bawa dari rumah, semuanya disediakan untuk anda.
